Mayat Ng Yee Chew, yang merupakan salah seorang pendaki wanita dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, Simpang Pulai, Ahad minggu lepas, diserahkan kepada warisnya semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil bedah siasat dijalankan pakar forensik pergigian dari Hospital Kuala Lumpur di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, mengesahkan mayat itu ialah milik wanita berkenaan.